Hubungi Kami

Hospital Port Dickson
KM 11 Jln Pantai
71050 Sirusa Port Dickson, N. Sembilan
No. Tel : 06-648 7333
No. Fax : 06-662 5003
Emel: hpd@moh.gov.my

Waktu Melawat

ISNIN-JUMAAT :
Waktu 1 : 12.30 tghari - 2.00 petang
Waktu 2 : 4.30 petang - 7.00 petang

SABTU/AHAD/KELEPASAN AM :
12.30 tghari - 7.00 petang

Media Sosial Rasmi

Hospital@Facebook
Sila Like FB Page :
Hospital Port Dickson -Official- untuk mengikuti perkembangan semasa Hospital Port Dickson di media sosial.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi HPD

Topik Kesihatan : Autisme
on 2016/5/15 2:20:00 (10851 reads)

Autisme

Pengenalan

Autism ialah gangguan pertumbuhan tumbesar seseorang dalam jangka masa panjang yang memberi kesan dalam pemikiran kanak-kanak dan dalam proses informasi. Ia berlaku kepada kanak-kanak di antara 1-2 orang dalam 1000 dan ia terjadi 4 kali lebih kerap di kalangan kanak-kanak laki-laki. Gejala – gejala ini selalunya berlaku sebelum kanak- kanak itu berumur 3 tahun tetapi ianya belum pasti lagi.

Penyebab utama autism ialah :

Komunikasi
Tindak balas sosial
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti
Autism adalah salah satu bahagian dalam gangguan yang dipanggil “ Pervasive Developmental Disorders.“ dan satu lagi gangguan dari kumpulan ini ialah 'Asperger's Syndrome di mana pertuturan kanak-kanak dan kemahiran kognitif boleh jadi normal. Sebab-sebab Autism tidak diketahui tetapi kemungkinan berpunca dari faktor keturunan atau ketidakseimbangan kimia di dalam otak. Terencat akal boleh berlaku dalam 75% kanak-kanak autism.

Tanda dan gejala

Tanda dan gejala berlaku disebabkan oleh 3 faktor utama :

Komunikasi

Lambat, tidak normal atau tidak boleh bertutur
Bahasa tanpa lisan yang tidak normal ; contoh, kurang pergerakan anggota badan.
Kurang cerdas semasa bermain
Kurang upaya bergaul atau berbincang dengan orang lain
Tindak balas sosial

Hilang tumpuan dan kurang mimik muka
Tiada kesedaran perasaan terhadap orang lain
Suka bersendirian tanpa berkongsi pengalaman dengan orang lain
Suka bermain sendirian
Tingkah laku yang berulang dari segi minat dan aktiviti

Menggerakkan anggota badan berulang kali seperti bertepuk tangan, menggoyangkan badan ke hadapan dan belakang, menganguk kepala
Menumpukan perhatian kepada satu objek sahaja seperti tayar kereta mainan
Tertekan ke atas perubahan kecil yang berlaku dalam persekitaran
Hanya berminat terhadap satu atau dua perkara sahaja.
Komplikasi

Seseorang yang menghidap autism akan mendapat gejala yang berlainan mengikut umur masing-masing.

Peringkat awal kanak-kanak – Hiperaktif, panas baran
Peringkat akhir kanak-kanak - suka menyerang, mencederakan diri sendiri
Peringkat remaja dan dewasa – kemurungan dan epilepsi
Rawatan

Beberapa orang yang pakar dalam bidang ini diperlukan untuk :

Membaiki kemahiran sosial
Menggalakkan lebih ramai masyarakat mengenal pasti kelakuan mereka
Menambah baikkan komunikasi verbal dan non verbal
Membantu keluarga mengendalikan masalah ini dengan jayanya.
Tiada ubat yang dapat menyembuhkan autism tetapi ada beberapa jenis ubat yang dapat mengawal gejala-gejala yang timbul disebabkan autism seperti:

Kelakuan ganas
Hiperaktif
Kebimbangan yang mungkin timbul
Rehabilitasi

Beberapa pencegahan termasuk :

Terapi pertuturan dan bahasa
Untuk memperbaiki komunikasi di kalangan kanak-kanak

Cara pulih kerja ( occupational therapy )
untuk menambahbaikkan kemahiran kemasyarakatan seperti : eye contact, Pemerhatian dan tumpuan serta membantu kanak-kanak menjalankan aktiviti harian.
berbagai rangsangan pancaindera / deria

Pencegahan tingkah laku ( behaviour intervention )
Untuk menurunkan panas baran dan tingkah laku yang ganas

Pendidikan khas
kanak-kanak autistic perlu berdaftar dengan Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran supaya keperluan pendidikan mereka dapat diberi. Borang pendaftaran boleh diperoleh di Jabatan Pendidikan atau di sekolah. Terdapat juga pertubuhan bukan kerajaan yang dapat memberikan pendidikan kepada kanak-kanak autism seperti National Autistic Society of Malaysia ( NASOM )

Pendaftaran Kurang upaya ( Disability registration )
Kanak-kanak Autism boleh berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan mendapatkan borang-borang di Jabatan Kebajikan Masyarakat yang berhampiran.

Kumpulan sokongan

Alamat Pusat NASOM dan Nombor Telefon

NO CENTRE TELEFON / FAX Supervisor/ Coordinator
1 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KUALA LUMPUR No 4 Jalan Chan Chin Mooi, Off Jalan Pahang, 53200 Kuala Lumpur No 2 Jalan 7/18 B Taman Batu Permai Off Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur Tel: 03-40223744 Fax: 03-40254495 Email: nasom@streamyx.comAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Pn. Liew Yoon Loy (Executive Director NASOM) Cik Hasliza Abd Hamid Pn. Gerdir Kaur

2 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PETALING JAYA No. 10 Jalan Mewah 6/9 Seksyen 6 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan Tel : 03-77816981 Pn. Zaleha Jaalan

3 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KLANG No 5 Lorong Sepat 2 Taman Bertek, Teluk Pulai 41300 Klang, Selangor Darul Ehsan Tel: 03-33732991 Fax:03-33732991 Email: ppaklang@tm.net.myAlamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya Cik Rageswary Karuppiah

4 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME IPOH No 2 Persiaran Cempaka sari 9 Taman Cempaka 31400 Ipoh, Perak Darul Ridzuan Tel:05-5483570 Fax:05-5483570 Cik Ann Chung Foong Leng

5 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME SEREMBAN No 153 Lorong Pinang gading, Taman Pinang Gading, 70400 Seremban Negeri Sembilan Tel: 06-7674400 Fax06-7674400 Puan Ratnam

6. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME PENANG No 32-34 Jalan Pantai Jerjak (1) 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang Tel: 04-6587034 Fax:04-6587034 Cik R. Gengespari

7. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME BUTTERWORTH No 8 Lorong Molek 3 Bagan Ajam 13000 Butterworth, Pulau Pinang Tel: 04-3238792 Fax: 04-3238792 Pn. Rusmawati Abdullah

8 PUSAT PENDIDIKAN AUTISME MELAKA Bistari Negeri Melaka No 48 Jalan Bukit Peringgit 75400 Peringgit, Melaka Tel: 06-2882518 Pn. Norhaya Sulaiman

9. PUSAT PENDIDIKAN AUTISME KANGAR No 18 Taman Sentua 01000 Kangar, Perlis Puan Maslinda Ishak

10 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL KUALA LUMPUR 6-4 Blok A Jalan 2/114 Kuchai Lama Business Centre Jalan Kuchai Lama, 58200 Kuala Lumpur Tel: 03-79843942 Puan Kamariah Majid

11 PUSAT LATIHAN VOKASIONAL/ASRAMA NASOM D/a Bengkel Daya KM 4 Jalan Batu Unjur Persiaran Tengku Ampaun Rahimah 41200 Klang, Selangor

The National Autism Society of Malaysia
No. 4, Jalan Chan Chin Mooi,
Off Jalan Pahang,
53200 Kuala Lumpur,
Malaysia.
Tel No.: 603-40223799 Fax No.: 603-4025 4495

Lion's Resource Centre for Autistic Children 409,
Babington Ave 10450
Penang MALAYSIA
Tel: 604-636996

Perak Autistic Resource Centre 2,
Persiaran Cempaka Sari 9,
Tmn Cempaka 31400
Ipoh MALAYSIA
Tel : 605-583570

Penulis : Dr. Eni Rahaiza binti Muhamed Ramli






Other articles
2017/8/10 6:40:00 - Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan
2017/8/9 1:50:00 - Aditif Makanan
2017/8/9 0:10:00 - Rabies
2017/8/8 23:30:00 - Talasemia
2017/8/2 5:20:00 - Sebutharga Hospital Port Dickson

PENAFIAN


Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Pautan Utama


1Malaysia  MyGov  MSC  KKM