Hubungi Kami

Hospital Port Dickson
KM 11 Jln Pantai
71050 Sirusa Port Dickson, N. Sembilan
No. Tel : 06-648 7333
No. Fax : 06-662 5003
Emel: hpd@moh.gov.my

Waktu Melawat

ISNIN-JUMAAT :
Waktu 1 : 12.30 tghari - 2.00 petang
Waktu 2 : 4.30 petang - 7.00 petang

SABTU/AHAD/KELEPASAN AM :
12.30 tghari - 7.00 petang

Media Sosial Rasmi

Hospital@Facebook
Sila Like FB Page :
Hospital Port Dickson -Official- untuk mengikuti perkembangan semasa Hospital Port Dickson di media sosial.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi HPD

Topik Kesihatan : Botox (Toksin Botulinum)
on 2015/2/14 3:20:00 (2846 reads)

Toksin Botulinum merupakan sejenis toksin yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Sebanyak 7 jenis toksin botulinum telah dikenalpasti, iaitu jenis A, B, C (C1, C2), D, E, F dan G. Sindrom Botulisme akan berlaku sekiranya seseorang termakan makanan yang telah dicemari bakteria berkenaan. Sindrom tersebut juga boleh berlaku akibat daripada kolonisasi oleh bakteria dalam sistem penghadaman bayi, ataupun daripada jangkitan pada luka. Sindrom Botulisme pada manusia biasanya disebabkan oleh bakteria jenis A, B, E, dan kadang-kala F; manakala jenis C and D hanya akan membawa kesan kepada binatang sahaja.



Botox® adalah jenama bagi produk toksin botulinum jenis A yang dihasilkan oleh bakteria Clostridium botulinum. Toksin yang terdapat dalam produk tersebut telah mengalami proses penulenan. Walaupun toksin tersebut akan menyebabkan keracunan dalam kuantiti besar, namun sekiranya diberi dalam kuantiti yang kecil melalui injeksi secara terus ke otot-otot tertentu dalam badan, Botox® menghalang isyarat kimia melalui saraf yang menyebabkan otot mengecut. Apabila ini berlaku, otot tersebut tidak dapat mengecut, kedutan tidak akan terbentuk dan permukaan kulit nampak lebih licin.

Di Malaysia, Botox® boleh digunakan untuk merawat beberapa jenis masalah kesihatan seperti:-

Masalah neurologikal yang menyebabkan penegangan otot leher dan bahu yang serius
Masalah spastik akibat daripada kecederaan pada sistem saraf tunjang seperti strok dan cerebral palsy
Kedut pada permukaan kulit di antara bulu kening
Peluh berlebihan
Botox® diberi melalui rawatan injeksi oleh pegawai kesihatan professional. Injeksi tersebut disuntik ke dalam otot yang terlibat untuk merawat masalah penegangan otot dan kedut. Manakala untuk merawat masalah peluh berlebihan, ubat tersebut disuntik ke dalam kulit.

Dos, bilangan injeksi, bahagian badan yang akan disuntik, dan kekerapan rawatan yang diperlukan bergantung kepada keadaan pesakit dan respons setiap individu selepas menerima rawatan tersebut. Bagi kebanyakan kes, kesan rawatan akan mula kelihatan dalam tempoh beberapa hari hingga 2 minggu, dan kesan tersebut akan kekal untuk tempoh lebih kurang 3 hingga 6 bulan.

Kesan sampingan yang mungkin berlaku semasa/setelah menerima injeksi toksin botulinum adalah rasa sakit semasa menelan (dysphagia), kesulitan bertutur (dysphonia), keletihan, dan kesusahan bernafas. Kesan sampingan lain yang mungkin, tetapi jarang berlaku adalah keresahan, sakit belakang, demam, selsema, sakit leher, ruam kulit, dan sebarang perubahan yang boleh dilihat pada permukaan kulit. Laporan kesan advers mendapati bahawa sesetengah kesan sampingan akan timbul sehari selepas menerima rawatan dan ada juga yang hanya timbul beberapa minggu setelah menerima rawatan.

Sekiranya anda mengalami sebarang kesan sampingan yang serius ataupun berlanjutan, sila hubungi doktor ataupun ahli farmasi anda dengan segera.

Pada September 2005, satu kertas kerja telah diterbitkan dalam Journal of American Academy of Dermatology, FDA melaporkan terdapat 28 kes kematian berkaitan dengan penggunaan Botox® telah berlaku antara 1989 hingga 2003. Namun, kes-kes kematian tersebut bukanlah disebabkan oleh penggunaan untuk tujuan kosmetik. Pada 8 Februari 2008, FDA telah mengumumkan bahawa penggunaan Botox® "ada kaitan dengan beberapa kes kesan advers termasuklah kegagalan sistem pernafasan dan kematian, berikutan penerimaan pelbagai rawatan dan dos berlainan". Kes tersebut berlaku kerana ubat ini boleh menyerap ke bahagian badan lain selain daripada bahagian otot/kulit yang menerima injeksi. Terdapat juga beberapa kes kematian yang berhubung kait dengan penggunaan Botox® palsu.

Botox® mestilah digunakan dengan nasihat doktor sahaja. Produk ini boleh membahayakan jika disalahgunakan. Pastikan doktor yang berkelayakan dalam bidang perubatan dermatologi, telinga, hidung dan tekak (otolaryngology) ataupun surgeri plastik dan doktor tersebut mempunyai pengalaman dalam memberikan rawatan Botox®. Doktor yang bertauliah dapat memberikan nasihat berkenaan dengan prosedur terlibat dan dapat menentukan sama ada produk tersebut adalah sesuai untuk kegunaan dan kesihatan anda.

Kini terdapat dua jenis produk toksin botulinum yang telah berdaftar di Malaysia, iaitu Botox® dan Dysport®, masing-masing mempunyai nombor pendaftaran MAL19970915A dan MAL20000731A. Kedua-dua jenis produk tersebut mengandungi toksin botulinum jenis A. Pada Januari 2008, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan telah menerima laporan kesan advers ubat (ADR) di mana pesakit mengalami demam dan kesusahan bernafas lima jam selepas menerima injeksi Dysport®.

Sebelum menggunakan ubat ini, anda perlu memaklumkan kepada doktor atau ahli farmasi anda mengenai semua ubat dan produk kesihatan herba yand sedang diambil, terutamanya sesetengah ubat antibiotik, ubat cair darah, ubat untuk penyakit Alzheimer's, ubat untuk myasthenia gravis dan quinidine.

Kebelakangan ini, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi telah menjalankan pemeriksaan secara berkala terhadap premis tertentu untuk memastikan produk toksin botulinum yang digunakan adalah berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) Malaysia. Sesiapa yang didapati melanggar undang-undang boleh didakwa bawah Peraturan 7(1)(a) Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dengan denda tidak melebihi RM 25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.



Semakan akhir : 06 November 2009
Penulis : Debbie Sim Sook En

Sumber dari portal myhealth
(www.myhealth.gov.my)





Other articles
2017/8/10 6:40:00 - Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan
2017/8/9 1:50:00 - Aditif Makanan
2017/8/9 0:10:00 - Rabies
2017/8/8 23:30:00 - Talasemia
2017/8/2 5:20:00 - Sebutharga Hospital Port Dickson

PENAFIAN


Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Pautan Utama


1Malaysia  MyGov  MSC  KKM