Hubungi Kami

Hospital Port Dickson
KM 11 Jln Pantai
71050 Sirusa Port Dickson, N. Sembilan
No. Tel : 06-648 7333
No. Fax : 06-662 5003
Emel: hpd@moh.gov.my

Waktu Melawat

ISNIN-JUMAAT :
Waktu 1 : 12.30 tghari - 2.00 petang
Waktu 2 : 4.30 petang - 7.00 petang

SABTU/AHAD/KELEPASAN AM :
12.30 tghari - 7.00 petang

Media Sosial Rasmi

Hospital@Facebook
Sila Like FB Page :
Hospital Port Dickson -Official- untuk mengikuti perkembangan semasa Hospital Port Dickson di media sosial.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi HPD

Topik Kesihatan : Arthritis
on 2015/2/14 3:20:00 (33633 reads)

Pengenalan

Arthritis adalah suatu jenis penyakit yang mendatangkan kesakitan, kemerahan, bengkak dan kekejangan sendi. Antara sebab-sebab ianya berlaku adalah :

Kerosakan Sendi
Jangkitan kuman
Penyakit yang diwarisi
atau sebab-sebab lain
Arthritis yang sering dihidapi di kalangan dewasa adalah :

Osteoarthritis (OA)
Arthritis rheumatoid
Arthritis yang disebabkan oleh jangkitan kuman
Gout


OSTEOARTHRITIS(OA)

Jenis yang paling lazim dihidapi
Disebabkan oleh sendi yang telah haus akibat penggunaan
Lebih kerap berlaku di kalangan warga tua
Menjadi lebih sakit bila melakukan pergerakan
Menjadi lebih sakit di penghujung hari
RHEUMATOID ARTHRITIS (RA)

Lebih kerap dihidapi kaum wanita
Disebabkan oleh tindakan daya tahanan badan yang bercelaru di mana tubuh badan sendiri menghasilkan antibodi untuk menyerang sendi-sendi sendiri
Menyebabkan kekejangan sendi di waktu pagi
Kekejangan mengambil masa lebih dari tiga puluh minit untuk reda pada waktu pagi
Sendi-sendi terlibat adalah jari, pergelangan tangan, tangan dan kaki.
ARTHRITIS YANG DISEBABKAN JANGKITAN KUMAN

Arthritis jenis ini disebabkan oleh kuman
Anda selalunya demam dan menggigil
Selalunya menyerang satu sendi sahaja
GOUT

Disebabkan oleh asid urik yang mendap di sendi-sendi
Lazim menyerang kaum lelaki di pertengahan umur
Lazim menyerang pangkal ibu jari kaki
Tanda-Tanda Arthritis

Sakit sendi (tangan, pergelangan tangan, jari, pergelangan kaki, punggung, tulang belakang di bahagian bawah)
Sendi bengkak
Kekejangan sendi
Susah untuk bergerak seperti biasa
Sakit apabila bergerak
Perubahan kepada sendi
Lutut berbunyi bagi penyakit osteoarthritis lutut
Otot betis menjadi kecut bagi penyakit osteoarthritis lutut
Sakit bila sekeliling sendi ditekan
Berikut mungkin menambahkan risiko arthritis

Peningkatan usia
Badan terlalu gemuk:
bagi penyakit osteoarthritis lutut
Jika ada ahli keluarga yang mengidap peyakit arthritis:
terutama sekali bagi osteoarthritis keseluruhan, gout ‘familial’
Sendi yang terlebih fleksibel (‘hypermobile joints’)
Kecederaan berat contoh bersukan
Mencangkung bagi osteoarthritis lutut
Pekerjaan:
Osteoarthritis lutut bagi pekeja buruh
Osteoarthritis punggung bagi peladang
Rawatan

Boleh di ubati secara ubatan dan bukan ubatan untuk melegakan dan memulihkan fungsi sendi.
Di sesetengah kes, pembedahan diperlukan.
Langkah-langkah mudah untuk kesihatan sendi

Pengidap arthritis harus peka tentang penyakit mereka dan menambah pengetahuan mengenai penyakit tersebut
Kurangkan berat badan
Senaman sendi
Menjalani program senaman yang membolehkan sendi mereka bergerak dengan lebih lancar dan otot mereka menjadi lebih kuat.
Selain dari senaman sendi, anda juga harus bersenam untuk kesihatan am contohnya berjalan, berbasikal atau berenang.
Perlindungan Sendi

Anda harus melindungi sendi anda dari kerosakan selanjutnya
Elakkan aktiviti yang menambahkan tekanan pada sendi
Guna alat pembantu untuk mengurangkan tekanan pada sendi contohnya penarik zip dan alat bantu bagi bangun dari kerusi, tandas dan katil
Bagi osteoathritis lutut, elakkan mencangkung dan duduk di atas lantai. Apabila duduk di atas kerusi, pastikan kerusi itu di paras lutut dan tidak terlalu rendah. Gunakan kerusi yang ada pemegang tangan untuk membantu anda bangun dari kerusi
Guna kasut yang boleh menyerap hentakan.
Penahan Sakit

Rawatan haba boleh melegakan sakit contohnya pek panas tetapi ini tidak boleh digunakan semasa sendi sedang mengalami radang. Ubat-ubatan boleh diberi untuk disapu atau dimakan:

Ubat sapu contoh salicylate
Penahan sakit contoh paracetamol
Ubat anti- radang kerap diberi bagi meredakan sakit dan keradangan contoh bagi penyakit arthritis rheumatoid dan osteoarthritis
Bagi kes yang teruk, ubat boleh disuntik terus ke sendi yang sakit
Bagi arthritis rheumatoid, ubat-ubatan yang dipanggil ubat pengubah penyakit (’disease-modifying anti- rheumatic drugs) juga diberi awal untuk mengelakkan kecacatan.
Menangani Tekanan

Sakit sendi selalunya menyebabkan kekejangan otot dan tanda-tanda lain tekanan. Tekanan juga menentukan tahap kesakitan seseorang itu.

Kerap rehat dan bertenang boleh membantu.
Mengubah aktiviti anda untuk menyesuaikan diri dengan waktu sakit.
Seimbangkan rehat dan aktiviti
Pembedahan

Jika rawatan perubatan gagal dan sakit berterusan, pembedahan adalah salah satu penyelesaian.
Pembedahan yang sering dilakukan ialah pembedahan gantian sendi.
Pencegahan

Kurangkan berat badan- ini mengurangkan tekanan pada sendi
Kerap bersenam- senaman membantu melancarkan pengaliran darah, memastikan tulang dan otot kita kuat. Ia juga membantu pergerakan sendi. Seimbangkan rehat dan senaman dan elakkan dari menggagahkan diri untuk bersenam jika anda megalami kesakitan
Makan makanan yang seimbang – mustahak untuk mempunyai berat badan yang unggul dan mempunyai cukup zat. Elakkan dari makan makanan yang kaya dengan purin contohnya makanan laut, daging jika anda mengidap gout
Pelihara sendi anda- kurangkan tekanan pada sendi, gunakan mekanisma badan dan postur yang betul . Ambil berat tentang kesakitan dan rehat jika penat.
Bagaimana ubat alternatif selamat?

Berhati-hati dalam penggunaan ubatan alternatif kerana kandungan bahan aktif jarang diketahui. Mungkin ada interaksi dengan ubat-ubatan lain yang diambil dan ubatan alternatif ini juga mungkin dicampur dengan bahan-bahan lain.

Bersikap positif

Amalkan cara hidup sihat dan sentiasa bersikap positif.
Walaupun arthritis adalah sebab utama kecacatan bagi mereka yang berumur 18 tahun ke atas, ianya boleh dirawat dan anda boleh mengambil langkah untuk mengurangkan risiko untuk mendapat arthritis.
Hidup sejahtera dan bahagikan tugas anda mengikut kepentingannya.
Menjadi ahli persatuan sepertiArthritis Foundation Malaysia dan Persatuan SLE Malaysia juga boleh membantu.


Semakan Akhir : 28 April 2008
Penulis : Dr. Heselynn Hussein
Sumber dari portal myhealth



Other articles
2017/8/10 6:40:00 - Iklan Pengambilan Pekerja Sambilan
2017/8/9 1:50:00 - Aditif Makanan
2017/8/9 0:10:00 - Rabies
2017/8/8 23:30:00 - Talasemia
2017/8/2 5:20:00 - Sebutharga Hospital Port Dickson

PENAFIAN


Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Pautan Utama


1Malaysia  MyGov  MSC  KKM