Hubungi Kami

Hospital Port Dickson
KM 11 Jln Pantai
71050 Sirusa Port Dickson, N. Sembilan
No. Tel : 06-648 7333
No. Fax : 06-662 5003
Emel: hpd@moh.gov.my

Waktu Melawat

ISNIN-JUMAAT :
Waktu 1 : 12.30 tghari - 2.00 petang
Waktu 2 : 4.30 petang - 7.00 petang

SABTU/AHAD/KELEPASAN AM :
12.30 tghari - 7.00 petang

Media Sosial Rasmi

Hospital@Facebook
Sila Like FB Page :
Hospital Port Dickson -Official- untuk mengikuti perkembangan semasa Hospital Port Dickson di media sosial.

Selamat Datang ke Laman Web Rasmi HPD

Mengenai Kami

 

 aluan

Assalammualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera kepada semua pengunjung laman web Hospital Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus.

 

Saya mewakili semua warga kerja Hospital Port Dickson mengucapkan Salam sihat, cergas, ceria dan Salam 1 Malaysia.

 

Tan Sri, Puan Sri, Datuk-Datuk, Datin-datin, Tuan-tuan dan Puan-puan sekalian,

 

Di dalam usaha untuk menjayakan aspirasi negara, Hospital Port Dickson sentiasa menggembeleng tenaga dan usaha dalam memberi perkhidmatan perawatan kesihatan yang berkualiti kepada semua. Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorientasikan aspek keperluan dan kehendak semasa.

 

Sehubungan itu, dalam mencapai  kecemerlangan yang menyeluruh,  laman web merupakan salah satu medium penting dalam penyebaran maklumat dan berita terkini perkembangan semasa sama ada berkaitan hospital atau maklumat kesihatan secara amnya.

 

Besarlah harapan saya agar kewujudan laman web rasmi  Hospital Port Dickson ini dapat menjadi wadah maya yang bermanfaat dan sumber maklumat bukan sahaja kepada komuniti setempat malahan kepada kesemua pengunjung.

 

Saya amat mengalu-alukan sebarang cadangan, penambahbaikan dan pandangan yang membina bagi memantapkan lagi kandungan laman web juga tahap perkhidmatan yang disediakan di Hospital Port Dickson. Semoga semua pihak akan mendapat manfaat daripadanya.

 

Akhir kata selamat melayari laman web rasmi Hospital Port Dickson.

 

Sekian, terima kasih.

 

 


Pengarah

Hospital Port Dickson

  

 sejarah

hospnew 

 

Hospital Port Dickson pada awalnya adalah Hospital Beri- Beri (Sumber Arkib Negara). Hospital lama telah dibina pada 1895. Rekabentuk Hospital Port Dickson adalah berkonsepkan HOSPITAL NUKLEUS yang pertama di Malaysia pada 1994. Konsep NUKLEUS adalah adaptasi senibina dari Hospital di United Kingdom. Kos pembinaan hospital adalah 40 juta dengan keluasan 55 ekar.

 

Hospital ini terletak 11km dari bandar Port Dickson, 33km dari Seremban dan 60km dari Kuala Lumpur. Mempunyai liputan perkhidmatan merangkumi 5 mukim dengan 65 kampung dan seluas 562 batu persegi. Hospital ini telah mula beroperasi secara rasmi pada 6 Jun 1994.

 

Pada masa ini, Hospital Port Dickson mempunyai 113 buah katil rasmi dengan 5 wad utama, 1 Dewan Bedah dan  berstatus Hospital Berpakar Minor sejak tahun 2010.

 

 

sejarah

 


 carta  cartaikon
 profil_u                        
 

 misi                      

Misi Organisasi melibatkan 9 perkara utama iaitu: 

 

LAYANAN : Memberi layanan mesra berteraskan konsep budaya penyayang kepada setiap pesakit.

 

 

RAWATAN MUTAKHIR : Memberikan rawatan yang optima supaya pesakit kembali kepada kehidupan yang sihat dan proaktif.

 

 

LATIHAN : Memberikan latihan secara profesional dan berterusan

 

 

KOMITMEN : Melahirkan sikap kerja berpasukan yang berkonsepkan nilai-nilai murni.

 

KESELESAAN : Berusaha menyediakan tempat dan persekitaran yang selesa untuk pemulihan yang optima.

 

 

PERKHIDMATAN : Sentiasa berusaha ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan

 

 

ALAT PERUBATAN : Berusaha menggunakan teknologi terkini. 

 

 

PENYELIDIKAN : Melaksanakan penyelidikan ke arah memantapkan lagi perkhidmatan dan rawatan yang sedia ada 

 

 

KREATIVITI / INOVASI : Berusaha melahirkan anggota kerja yang kreatif dan berinovatif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan. 

 

 

vi

Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorientasikan aspek keperluan dan kehendak semasa 

 

obj 

- Meningkatkan kualiti rawatan perubatan dan pendidikan kesihatan melalui kakitangan yang terlatih lagi dedikasi

 

-  Memberikan layanan yang mesra berkonsepkan budaya masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni kepada setiap pelanggan serta prihatin kepada kehendak-kehendak pelanggan.

 

-  Memupukkan sikap saling hormat-menghormati di kalangan kakitangan agar melahirkan kakitangan yang berhemah tinggi serta mengamalkan sikap bekerja dalam pasukan supaya dapat mengeratkan lagi komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan

 

-  Menentukan perkhidmatan bukan perubatan seiringan dengan perkhidmatan perubatan agar selari dan menepati kehendak pelanggan.

        

- Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pendidikan yang berterusan kepada pesakit.

 

- Menitik beratkan disiplin kakitangan dari semua aspek tugasan dan perilaku di samping membentuk kakitangan berilmu agar dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti lagi dinamik ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.

 

- Mewujudkan hubungan baik dengan lain – lain agensi samaada kerajaan atau nswasta dalam mencapai konsep bersepadu.

dasar_use 

- Hospital Port Dickson komited untuk memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti. 

 

- Perkhidmatan yang diberi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan serta pematuhan kepada perundangan. 

 

- Dapat melaksanakan penambahbaikan kepada pengurusan kualiti secara berterusan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia. 

               

 

KHIDMATT

 PERKHIDMATAN KLINIKAL

 

A. Rawatan Pesakit Dalam

i. Wad Satu A (Wad Lelaki – Perubatan Am)

ii. Wad Satu B (Wad Lelaki – Pembedahan dan Otopedik)

iii. Wad Dua (Wad Perempuan – Multidisiplin)

iv. Wad Tiga (Wad Kanak-kanak – Multidisiplin)

v. Wad Empat (Wad Materniti)

vi. Rawatan Rapi / Koronari (ICU/CCU – Multidisiplin)

vii. High Dependancy Ward (HDW – Multidisiplin)

viii. Dewan Bedah

 

 

B. Rawatan Pesakit Luar

i. Jabatan Kecemasan dan Trauma

ii. Klinik Pakar 1 & 2

iii. Rawatan Harian

 

 

PERKHIDMATAN PENGURUSAN

 

i. Pentadbiran Am

ii. Kewangan Dan Hasil

iii. Perhubungan Awam

iv. Sumber Manusia dan Latihan

v. Aset dan Stor

vi. Hal Ehwal Islam  

 

 

 

 

 

 

 

 

PERKHIDMATAN SOKONGAN 

 

i. Jabatan Farmasi

ii. Patologi

iii. Perubatan Tradisional dan Komplimentari.

iv. Kawalan Infeksi

v. Dietetik Dan Sajian

vi. Pengimejan Diagnostik

vii. Rehabilitasi

viii. Perkhidmatan Bahan Steril

ix. Perubatan Forensik

x. Inovasi

xi. Penyeliaan Hospital

xii. Kejururawatan

xiii. Teknologi Maklumat dan Komunikasi

xiv. Kejuruteraan

xv. Psikologi dan Kaunseling

xvi. Kerja Sosial Perubatan

xvii. Rekod Perubatan 

 

 

 PERKHIDMATAN KEPAKARAN (DISIPLIN)

 

i. Kecemasan & Trauma

ii. Perubatan Am

iii. Pembedahan Am

iv. Pediatrik

v. Obstetrik & Ginekologi

vi. Ortopedik

Vii. Anestesiologi & Rawatan Rapi

 

 

 pencapaian

 

 

  Tahun 2017 :

 

  Sijil ISO 9001:2015  ( 13.10.2017-12.10.2020)

 

  iso 

 

 

 
Recommend this page to a friend! Prepare to print

PENAFIAN


Hospital Port Dickson tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada laman web ini.

Pautan Utama


1Malaysia  MyGov  MSC  KKM