Visi

Hospital Port Dickson akan wujud sebagai sebuah pusat rawatan perubatan yang cemerlang dalam semua aspek penjagaan kesihatan berorientasikan aspek keperluan dan kehendak semasa

Misi

Misi Organisasi melibatkan 9 perkara utama iaitu: 

  1. LAYANAN : Memberi layanan mesra berteraskan konsep budaya penyayang kepada setiap pesakit.
  2. RAWATAN MUTAKHIR : Memberikan rawatan yang optima supaya pesakit kembali kepada kehidupan yang sihat dan proaktif.
  3. LATIHAN : Memberikan latihan secara profesional dan berterusan
  4. KOMITMEN : Melahirkan sikap kerja berpasukan yang berkonsepkan nilai-nilai murni.
  5. KESELESAANBerusaha menyediakan tempat dan persekitaran yang selesa untuk pemulihan yang optima.
  6. PERKHIDMATAN : Sentiasa berusaha ke arah peningkatan kualiti perkhidmatan
  7. ALAT PERUBATAN : Berusaha menggunakan teknologi terkini.
  8. PENYELIDIKAN : Melaksanakan penyelidikan ke arah memantapkan lagi perkhidmatan dan rawatan yang sedia ada
  9. KREATIVITI / INOVASI : Berusaha melahirkan anggota kerja yang kreatif dan berinovatif untuk meningkatkan tahap perkhidmatan. 

Objektif
  • Meningkatkan kualiti rawatan perubatan dan pendidikan kesihatan melalui kakitangan yang terlatih lagi dedikasi
  • Memberikan layanan yang mesra berkonsepkan budaya masyarakat penyayang dan nilai-nilai murni kepada setiap pelanggan serta prihatin kepada kehendak-kehendak pelanggan.
  • Memupukkan sikap saling hormat-menghormati di kalangan kakitangan agar melahirkan kakitangan yang berhemah tinggi serta mengamalkan sikap bekerja dalam pasukan supaya dapat mengeratkan lagi komitmen terhadap tugas-tugas yang dipertanggungjawabkan
  • Menentukan perkhidmatan bukan perubatan seiringan dengan perkhidmatan perubatan agar selari dan menepati kehendak pelanggan.
  • Memberikan perkhidmatan rawatan perubatan dan pendidikan yang berterusan kepada pesakit.
  • Menitik beratkan disiplin kakitangan dari semua aspek tugasan dan perilaku di samping membentuk kakitangan berilmu agar dapat melahirkan kakitangan yang berkualiti lagi dinamik ke arah mempertingkatkan kualiti perkhidmatan organisasi.
  • Mewujudkan hubungan baik dengan lain – lain agensi samaada kerajaan atau nswasta dalam mencapai konsep bersepadu.
Dasar Kualiti
  • Hospital Port Dickson komited untuk memberi perkhidmatan perawatan pesakit yang berkualiti.
  • Perkhidmatan yang diberi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan serta pematuhan kepada perundangan.
  • Dapat melaksanakan penambahbaikan kepada pengurusan kualiti secara berterusan selaras dengan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia.
Pencapaian Hospital
 

sirim2Sijil ISO 9001:2015 (13.10.2017-12.10.2020) 

gmp2Cert No : 78-H109-00430 (29.01.2019 - 28.01.2022)

 bessCert No : BeSS/N/000303/08-2018 (16.08.2018 - 15.08.2021)

 halalCert No : JAKIM/(S)/(22.00)/492/2/2003-02/2016 (01.09.2018 - 31.08.2020)

 mestiCert No : 78/N/000087-062016(01 (26.02.2019 - 26.01.2022)